DOA PENGANTIN
DOA
01
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan
dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya
dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal
abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah
kami pasangan yang bahagia dan
berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir
hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal
soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal
Alamin
DOA
02
Ya Allah
Kami memohon restumu, berkatilah majlis
ini,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri
ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan
terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan
solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan
akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan
ini.
Amin
DOA 03
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi
penyayang,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia
milikku,
titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu kekal
abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah
kami pasangan yang bahagia dan berkekallan buat selamanya,
hingga ke akhir
hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna,
beriman dan beramal
soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal
Alamin.
DOA
04
Tuhanku.....
Sekiranya telah kau catatkan dia
milikku,
dekatkanlah dia padaku,
titipkanlah kemesraan antara
kami,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
agar kebahagiaan itu kekal abadi
dan
seiringkanlah kami dalam melayari hidup sejahtera.
DOA 05
Ya Allah, satukanlah hati
............................................................................
dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu.
Jadikanlah mereka suami soleh
yang sentiasa memimpin dan isteri solehah
yang sentiasa membantu.Mewahkanlah
rezeki mereka dan
kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan
beramal soleh.
Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman
dan dipenuhi
Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat,
Amin Ya Rabbal
Alamin
DOA 06
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Satukanlah hati kedua
mempelai
ini
............................................................................
seperti
engkau satukan Nabi Adam dan Hawa,
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan
Zulaika,
dan seperti engkausatukan
Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidatina
Khadijah
DOA 07
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini,
jadikanlah
pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat
dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang sempurna, beriman dan beramal
soleh.
Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala
sesuatu.
DOA 08
Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa
hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk
mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji
setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah
akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang
sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung
malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan
keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan
kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya
Rabbal Alamin.
DOA 09
Pernikahan menginsafkan kita,
perlunya Iman
& Taqwa meniti sabar & redha,
Bila rasa senang penuhi nikmat
Tuhan,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah,
Isteri hamparan dunia suami
langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,
Isteri bagai
kejora suami bagaikan purnama,
Tika isteri beri hempedu suami tabah
menelannya,
Jika suami terteguk racun, isteri carilah penawarnya,
Sungguh
isteri rusuk yang rapuh,
berhati-hatilah meluruskannya.
DOA 10
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami mohon doa
restu-mu, berkatilah majlis kami,
Semoga ianya berjalandengan sempurna
sepertimana,
yang engkau redhai dan semoga jodoh perkahwinan
ini
berkekalan buat selama-lamanya
serta berbahagia di dunia dan akhirat.
Amin
Ya Rabbal Alamin
DOA 11
Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Apabila seseorang dariumatku telah mendirikan sebuah perkahwinan,
maka dia telah melengkapkan separuh daripada
agamanya”.
DOA 12
Firman Allah:
“Sebahagian daripada tanda-tanda allah,
dicipta-Nya
jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya
kamu
menghayatikehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya
diantara kamu
rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian
menjadi pengajaran bagi
orang-orang yang berfikir.
DOA 13
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan
limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah
dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang
suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami,
maka
Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami sebagai
suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga
kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di
kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling
menyempurnakan dalamperibadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha
Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
Perkahwinan
kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada
sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha
Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin
DOA 14
Ya Allah Ya Rahim
Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau
limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami
isteri,
berkatilah majlis yang diadakan dengan
keberkatan dari permulaan
hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini dengan
izinMu.
Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah
menghadapi setiap dugaan Mu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina
berkekalan hingga ke akhir usia.
Dengan Taufik dan Hidayahmu,
beruntunglah
keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Amin
Ya Rabbal Alamin
DOA 15
Ya Allah
Andai kau berkenan,
Limpahkanlah
kepada kami cinta,
Yang kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan
Khadijah Al-Qubra,
Yang kau jadikan mata kasih sayang,
Imam Ali dan
Fatimah Azzahra,
yang kau jadikan penghias keluarga,
Nabimu yang
suci
DOA
16
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha
Penyayang.
Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang berkahwin seperti dia
telah
menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Maka hendaklah dia
bertakwa kepada Allah
bagi sebahagian yang lain yang masih
tinggal”
(Riwayat Al-Bauhaqi)
DOA 17
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari
kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan
alasnya,
melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya.
Dekat
pada lengannya untuk dilindunginya dan
dekat dihati untuk
dicintainya.
DOA 18
Ya Allah Ya Tuhan kami
Satukanlah hati kedua
mempelai ini
...................................... dengan
..........................................
seperti engkau satukan Nabi Adam
dan Hawa
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Siti Zulaika
dan
seperti engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah
Ya
Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini, jadikanlah pasangan ini yang
berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada
mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau
maha berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
DOA
19
“Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya
dan
isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)
Maka Allah menatap
mereka dengan pandangan kasih sayang
dan jika suami membelai tangan
isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan
mereka”
Diriwayatkan oleh Maisaran Bin Ali dari
Abu Said Al-Khudri.
Akhi,
ReplyDeleteRasul melarang kita berdo'a dengan kalimat "Seandainya Engkau berkenan..."
Tengok hadith ini:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila seorang di antara kamu berdoa, maka JANGANLAH dia berkata: Ya Allah! Ampunilah aku jika Engkau berkenan. Tetapi bersungguh-sungguhlah dia dalam memohon dan mohonlah perkara-perkara yang besar dan mulia (surga atau pengampunan), karena Allah tidak ada sesuatu pun yang besar bagi-Nya dari apa yang telah dianugrahkan. (Shahih Muslim No.4838)